Thursday, November 26, 2009

:: .................. ::




i'm not in da mood for anything...
i need a shoulder to cry on... :(



from my gl♥♥my eyes~

Tuesday, November 24, 2009

:: my Megat Aidan Qalif is 1 year old!!! ::

HAPPY 1 YEAR OLD AIDAN SAYANG ♥ !!!

Aidan's milestones
  • dah start berjalan!! omg! alhamdulillah. tak tahu nak ckp betapa gembiranya hati tgk die terkedek2 & terhoyong-hayang belajar berjalan. skrg ni die tak berapa nak merangkak sgt. saya hepi terlampau?? of course! who doesn't?
  • gigi atas dah kluar lg 2! so skrg ni aidan ade 4 gigi atas & 4 gigi bawah! jenuh nak kene elak dr kene gigit! ;)
  • dah buleh minum guna straw. honestly baru 2 mlm yg lepas i ajar die minum air yogurt guna straw. and nak tahu tak, tak sampai 15 minit terus die reti. alhamdulillah. good job aidan! ;) [sippy cup pon dah buleh sket2]
  • dah reti turun katil gune kaki dulu. tp kadang2 laju sgt, sampai tergolek kat bwh. ade 1 time tu, bapak die tgh tdo dgn die kat atas katil & i pegi dapur jap. tiba2 enchek memo terkejut tgk aidan dah turun katil & tgh main air dlm bilik air! bahaya btul budak ni.
  • bile kite mintak brg yg die pegang, die akan bg & cepat2 kite kate tq. sbb kalo kite main rampas je die akan pegang kuat2 brg tu & menjerit! haha!
  • ah! lupa plak. favourite cartoon die skrg barney. hari tu die tgk barney & the geng nyanyi lagu utk itik terus die gelak. shomel. ;)
  • dah buleh pegang biscuit sendiri. hoyeh! tp kadang2 suapan die tak terkawal plak. haha!
  • aidan selalu notti nak gomol2 mama die, tp bile i sebut 'bapak! tgk aidan ni!'. automatically die akan pandang kat meja pc sbb selalu enchek memo akan duduk situ je.
  • suke tdo awal dlm pukul 9-10 camtu pastu tgh mlm bgn main sampai ke pukul 3 sorg2!! haiyo!
  • buleh ckp 'ok'ow'! hihi comel!
  • aidan berani masuk bilik gelap sorg2 & main lama2 dlm bilik tu. tp die akan takut bile die bgn dr tdo takde sape2 kat sisi die. time tu die akan nangis.
  • dah start mengenali fungsi2 toys die. kalo kereta atau trak die akan buat bunyi vroom vroom tu. kalo ball die akan cube tendang & baling. ;)
  • kalo die dah start cranky & merengek, die akan diam bile kite menyanyi atau dengar lagu. antara lagu favourite die 'cuppy cake', 'twinkle twinkle little star', 'ten little indians'.
  • suke bapak bwk jln2 naik motor. ;)

------------------------------------------------------------

haihh...tak sangka dah setahun jadi mama...

Aidan sayang,
1st time mama dpt tahu yg mama preggie, ya Allah. tak dpt nak bayangkan betapa happynye mama dgn bapak kat klinik tu!! akhirnye dpt tutup mulut org2 yg suke bertanye bile lg? merancang ke? tekanan sgt time tu sbb bile buat test kat rumah je asyik -tive. so, masa 1st check-up tu aidan baru 14 weeks tp mama dgn bapak dah excited call & sms kat semua org!
Aidan,
tahu tak, bulan pertama sampai masuk bulan keempat mama mabuk teruk sgt2!!! asyik muntah & loya je. muntah tu tahap sampai kluar darah tau. time ni mmg dah rasa nak give up sgt. 1 keje pon mama tak buleh buat. mkn pon tak buleh. asyik rasa nak nangis je. bayangkan la, nak pakai keronsang kat tudung pon buleh buat mama muntah. pegi keje jgn ckp la, mmg azab sgt nak naik tingkat 32. rasa mcm nak mati! dah la 9 bln lansung tak mekap. muka basi ya amat!
tp bile dah masuk 4 bulan, dah start rasa nikmat dah. buleh telan apa saja.buleh buat semua keje rumah.

Aidan,
1st mama dpt rasa aidan bergerak adalah saat yg paling indah sgt! baru mama tahu kenapa mommy2 yg preggie suke sgt belai2 perut masing2. bapak pon suke panggil2 aidan selalu.
bahagia sgt rasanya. time tu mama rasa bertenaga sgt sampai lah bulan2 terakhir. time bulan keenam, sempat lg mama, bapak & kawan2 pegi snorkelling kat redang! tu la 1st time aidan berenang dgn mama even dlm perot je kan? tp sepanjang ade kat redang, mama terpaksa pakai baju2 bapak sbb tanak bg org2 resort tu tahu. kang takleh bersnorkelling plak nnt. rindunye time tu.

Aidan,
disbbkan aidan tanak kluar on time, mama terpaksa operate perut mama ni. lgpon last minute baru tahu kaki aidan tersangkut. tp entah la, mama rasa lega sbb mama takut gile ya amat nak bersalin normal. dah la asyik kene seluk je. ngeri! thihihi! dan alhamdulillah, selepas operate mama sakit 2,3 hari je. owh 1 more thing, aidan tahu tak kat ddmc tu 1st time ade baby sepanjang 59cm. berkali2 nurse kat situ ukur sampai kene tegur dgn doc. diorg mcm tak percaya. haha! patut la perot mama besar mengalahkan bdn mama, aidan pjg sgt. ;)
Aidan,
tahu tak mencabar gile nak jaga aidan time baby. asyik nangissssssss je. mama tak tahu aidan nak ape sebenarnye. lapar ke, sakit perot ke, kencingberak ke, sejuk panas ke, nmpk hantu ke. hihi. dah la setiap 1 jam aidan bangun. waa..tekanan betul time tu. maafkan mama ye, mama takde pengalaman langsung nak jaga baby. mama takde adik beradik. dah la waktu berpantang tu mcm2 tak buleh buat. bapak pulak keje je. nyaris2 mama nak meroyan. heheh!
tp makin lama aidan makin berubah. makin membesar, makin senang nak dijaga. tiap2 hari ade je perkembangan aidan. mama rasa bahagia bile aidan dah start senyum setiap kali tgk mama.

dan hari ni.
Aidan dah genap setahun! tak sangkakan?? mama dah jaga aidan begitu lama? rasa mcm tak percaya. atok & bapak selalu ckp tak sangka mama dpt jaga aidan dgn baik. sbb bagi diorg mama ni nak jaga diri sendiri pon mcm tak berapa nak buleh. haha! skrg baru diorg tahu mama dah terer okeh! ;p

td bapak ckp kat mama yg die rasa mcm sedih sket. die kate aidan dah besar. tak lama lg nak kawen pulak. haha! tp mmg mama pon rasa sedih jgk, rasa mcm baby boy mama dah besar sgt. tak lama lg dah sekolah. pastu time tu mesti dah malu kalo mama nak kiss & peluk aidan. sob sob!

video


Aidan,
mama & bapak sayang kamu sgt2! walaupon tak dpt nak manjakan aidan dgn barang2 yg mahal, tp kasih mama & bapak lg mahal dr semua tu. ape yg penting mama & bapak dah sediakan insurans & simpanan utk masa depan aidan nnt. jgn salah gunakan kasih sayang ni ye sayang ♥ ;)




from my gl♥♥my eyes~

Monday, November 23, 2009

:: weekend ::

sabtu pagi pukul 5 lebih pegi amek ibu kat station sg.buloh. aidan pon ikot skali sbb die dah terjaga. dah balik rumah, kitaorg semua smbg tdo balik. heheh.

weekend kali ni berlepak2 je kat rumah sbb masing2 pokai. hari ahad, ibu suruh i masak sbb die nak try masakan anak die. ehem ehem. panik la kejap. mengalahkan nak bg mak mertua mkn. hihi. time tu try la masak 2 masakan serentak. tak buleh ok! i takleh handle 2 skaligus. nyaris2 la hangit. ;p nasib baik semuanya berjln lancar. cewah.

masak kat aidan bubur ikan bilis. ternyata die tak suke ikan bilis. ces! tp tak tahu la die betul2 tak suke atau tak lalu nak mkn sbb time tu die tgh selsema dgn batuk so selera adalah kurang. lgpon gigi atas tgh naik lg dua. so asyik merengek je. nak berkepit je dgn bapak die kali ni. so ptg tu kitaorg bwk pegi klinik. relax je bile doc check die. mkn ubat pon senang. good boy la aidan! biar cepat sembuh, nnt nak pegi nak pegi mkn angin. ;)

skrg ni aidan busy dok practice berjalan. suke! walaupon kadang2 melelong2 mcm org mabuk, tp die bersungguh2. nak2 plak bile kitaorg tepuk2 tgn bg semangat. tp jenuh la sket nak kene tgk die selalu sbb takut time tgh2 jln tu tetiba terjatuh kat bucu mane2 ke kan. bahaya.

aha! lg satu. smlm jenuh la i dgn enchek memo korek mulut aidan sbb die kunyah kertas. gerun ok nak sua jari dlm mulut die. confirm kene gigit. terpaksa hati2 guna sudu. seksa ok! dah pandai la pulak nak gigit2 bende lain. maybe gusi die tgh gatal la tu.

tgk kat bwh ni, gambar aidan time nak buat passport hari tu. jenuh la i terloncat2 blkg apek tu semata2 nak bg aidan tgk kamera! semata2 nak bg die senyum. tp...hampeh! ni la 1st gambar aidan kat kedai. so akan simpan sampai bile2. ibu ckp gambar ni nmpk mcm die dah besar sgt. sobsob. anak mama dah nak dewasa dah. huhu.

simuke masham & dagu berlapis. ;p


notakaki : smlm try guna breathe.right. alaaa, jenama utk elak dengkur yg eizlan.yusof dgn wife die jadi model tu. ok, i ade sinus, so hidung mmg slalu tersumbat. kadang bile dah tersumbat tu of course la mulut i terbukak sket & mengeluarkan bunyikan. thihihi! tp sejak dah ade baby ni, die punye bunyi2an makin ketara. so try la pakai kan. mmg terasa la bukaan rongga hidung tu lebih lancar. cewah! tp bile buang bende tu die tersumbat balik okeh. kesimpulannye, bende ni hanye elok digunakan apabila kite bertandang ke rumah org supaya tidak berbuat bising. hahahahaha!





from my gl♥♥my eyes~

Thursday, November 19, 2009

:: 4 steps! ::

dpt msg dr akak nurseri.

a.n : jie, aidan dah bleh jln 4 lgkh.

yeayyyyy!!!!!
sukenye! actually smlm pon aidan dah start jln 2,3 langkah. alhamdulillah. ;)

lepas ni jenuh nak mengejar! bestnye! buleh bwk pegi taman! hihi! ;D



from my gl♥♥my eyes~

:: cramp ::

entry yg bwh ni kan i cerita pasal cuaca sejuk.

nak dijadikan cerita, smlm tetiba jari kaki i cramp. tiba2 jari kaki yg tgh2 tu turun ke bwh & tak buleh nak betulkan! panik tau. nasib baik penyelamat ade. enchek memo urut2 kan balik tapak kaki & jari2 tu. enchek memo kate sbb sejuk sgt, tu yg jadi camtu.

time tu i terbayangkan filem exorcist. tetiba anggota badan herot sana sini sbb kene rasuk. buley? hahaha!



from my gl♥♥my eyes~

Wednesday, November 18, 2009

:: in my place ::

badanku dah seram sejuk!

hihi! bknnye sebab takut hantu ke hape tp sbb kat luar tu hujan. sumpah sejuk tp still tanak pakai jacket. tgh dok control mengigil ni. nasib baik kat ofis ni aircond tak berapa kuat. masa office kat bukit damansara dulu tu sampai terpaksa letak sellotape kat tmpt aircond tu. tak tertanggung ok!

ni baru kat ofis, bile balik rumah nnt pon tak tahan gak. dah la sejuk balik naik motor. pastu kat rumah kitaorg ni takde aircond pon takpe. pagi2 kalo mandi tak mengigil mmg tak sah. haha!

cite pasal seram sejuk, sape pernah tgk cite 'paranormal activity'?? seram woo. filem ni lebih kepada mcm kite tgk balik video yg dirakam gitu. 1 couple ni kene kacau almost everynight dgn sesuatu. makin lama makin teruk. kebetulan diorg baru beli vcam so sepanjang masa la diorg dok rakam. time tdo pon rakam gak. takde keje cari keje, haha! ade 2 bende yg paling i takleh lupa. 1 masa pompuan tu bgn satu mlm tu berdiri tegak hujung katil mengadap bf die sampai 2, 3 jam tak bergerak2! bf die tdo tak sedar. korg bayangkan la. cuba bayangkan kalo korg kene pandang camtu lelama tgh2 mlm gelap gulita??! bile bf die tgk balik vcam tu baru die tahu. pastu yg kedua masa tetiba kaki pompuan tu tertarik turun dr katil & kene heret ke bilik blkg. woooo! gerun ok kalo betul2 terjadi. last skali die bunuh bf die sbb time tu die dah dipossessed. tp mmg salute la bf die tu berani gile. nak tahu lebih2 sile la tgk dan alami sendiri. maybe ade yg kate tak berapa seram tp cuba korg tgk sorg2 mcm i hari tu. dgn keadaan rumah yg gelap ala2 romantik tu. maunye tdo malam pon tak lena. terpikir mcm nak je beli videocam jgk. tp bile pikir kali kedua, tidakkkkk! kang langsung tak buleh tdo seumur hidop. hoho!

tgk trailer cite nih sket.



huhu! lg satu cerita seram yg terbaru yg buleh tahan best gak 'trick r' treat'.



i suke sgt cite2 camni pastu tdo mlm termimpi2! haha! maybe i ikut perangai arwah ayah i kot? sbb die suke sgt baca buku2 tamar jalis [buku hantu]. aidan tu lg la berani. buleh die pegi main sorg2 dlm bilik gelap. huhu!

gambar selingan yg takde kene mengena. ;p

meja i yg semak! tp tmpt yg sgt strategik. meja yg paling blkg skali dan pc harus mengadap ke dinding sedikit supaya enchek2 bos tak nmpk ape yg i kerjakan. muahaha!

tuan tanah beserta fail2 merah kesayangan. yg lain2 tu bukan milik hamba. ;p


notakaki : skrg ni sikap rajin dah kembali sedikit demi sedikit. almost everyday i masak! aidan pon dah suke mkn bubur nasi dgn sup ayam & kentang, sup carrot & bunga kobis, ikan. tu yg bertambah semangat nak masak tu. ditambah pulak dgn sikenit tu yg suke sgt tlg mama die memasak kat dapor nih. ;)
lg satu nak bgtahu, bg anak mkn ikan dgn byk utk kepintaran. ade 1 family ni dr kecik selalu mak masak ikan je, bile besar ni alhamdulillah cerdik semua walaupon diorg asal dr kg & tak kaya. and jgn lupa, org2 yahudi laknatullah tu pon lebih mkn ikan dr daging, and kepandaian diorg terbukti. [masa i pregnant dulu,tiap2 hari i mkn ikan keli. kalo aidan tak pandai jgk taktau la nak buat mcmane lg. dah la makna nama pon intelligent. hihi! ;p]

notakakilg : i'm counting the days...can't wait! ibu, i miss you so damn much! ;)




from my gl♥♥my eyes~

Monday, November 16, 2009

:: kat mane nak beli helium balloons?? ::

ptg2 begini kalau dpt minum hot chocolate bersama big apple kan sedap! gulp~ [amemo! lapar la!]

malas betul nak buat kerja hari isnin camni. hujan plak tu. rasa nak je balik tido dgn amemo aidan. tgh memikirkan jap lg balik keje naik motor dlm keadaan kesejukan.

berita gembira, hari minggu ni ibu saya akan sampai ke sini!! wuhoo! sgt seronot! dah lama tak mkn masakan ibu! ;D

hmm..nextweek birthday aidan. tgh pikir nak celebrate mcmane? rasa mcm tanak buat beria2 sgt sbb beberapa hari lepas tu dah nak pi indo. lebih baik duit tu buat shopping barang2 aidan kat sana ke. tp mcm kesian plak kat die kan? ni kan 1st birthday die. tp mcm la die paham pon suh tiup2 lilin semua. nnt la tgk mcmane. beli kek & masak2 sket & jemput family2 je dtg rumah..ok kan?

nak tanye pd sapa2 yg tahu, kat mana nak beli helium balloons? teringin plak rasanye. ye la..mama aidan yg teringin sebenarnye. padahal diri sendiri takut belon. hoho!

tgk la, buat la ape yg termampu. sbb tgh gigih nak simpan duit utk habiskan kat negeri seberang. haish!

aidan & big daddy. ;p

gambar time kenduri yg lepas. skrg baru nak hapdet.

kenapa bermuram durja wahai rockstar?

ceria terlebih!

ni sebenarnye die tgh main kenyit2 mata dgn bapak. tp berkali2 amek gambar tp tak jadi plak.

nape muke mcm sedih je? tak suke ey sbb dah nak tua? muahaha!


sekejap je aidan dah nak masuk setahun. kitaorg pon dah nak msk setahun jadi makbapak. tak sangka. ;)


notakaki : ibu! nak laksa?! ;p





from my gl♥♥my eyes~